Sunday, February 28, 2010

petue yg aku jmpe td.... (copy jew nieyh!! hee~~)

salam...

aku adew petua merawat masalah rambut gugur

Atasi rambut gugur
* Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.

Rambut beruban & kelimumur
* Ambil secawan air kelapa dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.

Menghilangkan kelemumur
* Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.

* Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Melembutkan rambut
* Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Rambut Berbuah
* Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada


Meluruskan Rambut
* Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

aku x tau r bekesan kew x... p apew salahnyew kite mencube.... tol x...
insyaallah.... klu berusaha mesti dpt hasilnyew...

ha nie lg 1... petue nak hilangkan lebam bwah mate....
cam aku nie.... hehe...

>Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Petua 3 : Sapukan sedikit minyak sapi bi bawah mata yang lebam sebelum tidur. Biarkan selama 10 - 15 minit. Amalkan selalu pada waktu malam sebelum hendak tidur.

Petua 4 : Letak hirisan timun di atas mata.

Petua 5 : Letak hirisan ubi kentang & kalau tak berkesan juga ambil kentang itu & hiris memanjang serta selawat 3
kali.

Petua 6 : Pakai bedak sejuk.

Petua 7 : Banyak makan jus pegaga & ambil hampasnya letakkan di bawah mata.

Petua 8 : Kalau ada saki baki susu-susu anak yg dah basi boleh sapukan setiap hari sebelum mandi utk hilangkan pigmen.

Petua 9 : Buat urutan kat area mata dgn cara gunakan 3 jari (jari telunjuk, tengah dan hantu), tepuk secara perlahan di
kawasan mata bermula daripada kawasan ekor mata, ke arah hidung dan seterusnya di kawasan atas kelopak mata. Buat urutan ini selama 5 minit ATAU ambik kapas muka, bubuh air sejuk (air dari peti sejuk pun boleh), keringkan dan tekap kat mata sambil selawat 3x & biarkan dan relaks.

Petua 10: Rendam halba dan mesinkannya seterusnya masukkan dlm cembul macam cembul sup & gosok pelahan2.

~~Cukupkan tidur 8 jam & rehatkan mata... Selamat Mencuba!!~~